If u click my ads, i'll will click ur ads back ☺ PROMISE!!!!!

░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░█░▀█▀░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░█░░▄▄░█░░░█░█▀░░░█▀░░▄▄░█░░█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░█░░█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Blogger Followers

®





♥ [Khidmat Photo & Video Grapher]  

Posted by eddyß♥γz86® in

Perkhidmatan yang disediakan oleh edZA XPERT XCELENT hanya menerima tempahan di JOHOR sahaja. (boleh juga menerima tempahan luar johor *XTRA CHARGE)

KULAI, LPG. TERBANG SULTAN ISMAIL, SENAI, PEKAN NENAS, GELANG PATAH, PASIR GUDANG, MASAI, ULU TIRAM, KOTA TINGGI, PONTIAN, RENGIT, SENGGARANG, SRI GADING, SRI MEDAN, PRT. SULONG, SEMERAH, YONG PENG, PARIT JAWA, BAKRI, BKT. PASIR, SG. MATI, PANCHOR, PAGOH, GERISEK, BKT. GAMBIR, BT. ANAM, JEMENTAH, LABIS, CHAAH, BEKOK, AYER HITAM, SPG. RENGAM, RENGAM, PALOH, KAHANG, MERSING, ENDAU, LAYANG - LAYANG, DAN SEKITAR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.

24 Jam, 7 Hari seminggu
 
[klik pada gambar bagi membesarkan imege dengan jelas]




[klik pada gambar bagi membesarkan imege dengan jelas]




[klik pada gambar bagi membesarkan imege dengan jelas]




[klik pada gambar bagi membesarkan imege dengan jelas]




[klik pada gambar bagi membesarkan imege dengan jelas]

                                     Hargai JURUKAMERA anda!!!!                                   

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?
(perhatian untuk pengantin2 yang lepas dan bakal2 pengantin saya)


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Jurugambar adalah insan terpenting semasa sesuatu majlis diadakan.. oleh itu layanan yg adil dan istimewa perlu diberikan kepada jurugambar anda. adalah amat penting untuk menjaga kebajikan mereka seperti makan minum dan tempat tinggal yg selesa.. Bayangkan jika mood jurugambar anda tidak baik apa akan terjadi kepada gambar2 saat hari indah anda. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Oleh itu anda hendaklah menanti dengan penuh sabar album gambar anda utk disiapkan dengan hasil yg terbaik.. menanti dengan penuh sabar walau memakan masa berbulan.. jgn berikan mereka tekanan dan yg terpenting.. HARGAILAH KAMI! TERIMA KASIH!

Luahan Rasa Hati,
Photografer Mohamed Haffizan Ismail 
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


This entry was posted on 17 December 2009 at Thursday, December 17, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the .

0 comments

Terima Kasih diatas kesudian anda melewati blog XPERT XCELENT®

created by eddyboyz86 2012