Followers

Kiki Kerja Kahwin #Peugeot 208 CDM 25

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Saya dan isteri mengenali insan yang bernama Siti Fairrah Asyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan terkejut dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di semua ruangan internet selepas kejadian kemalangan kecil dan menerima pelbagai kecaman yang bertubi-tubi. Bagi yang megenali Kiki, beliau adalah seorang yang peramah, mesra, baik hati dan berbudi bahasa. Saya bersimpati dengan beliau! betul kata orang, "bila kita sudah hilang pertimbangan, kita bukan menjadi apa yang kita sangkakan" 

Manusia itu tidak sempurna. Andai kita ditempat Kiki, mungkin perkara yang sama akan berlaku! bezanya bagaimana kita meluahkan? Tetapi, bila dah terlanjur sikap sedemikian rupa, pasti kita akan muhasabah semula. Permohonan Maaf Kiki kepada Uncle Sim membuktikan Kiki mengaku akan kesalahan dia. Siapalah kita yg nak jadi tuhan dengan menghukum kiki? Apapun, kita sebagai khalifah ALLAH s.w.t jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita bawa dari hari ke hari.

Untuk Kiki dan uncle, anda telah membuka segenap mata diluar sana! betapa kerdilnya kita manusia untuk menyelesaikan masalah apabila mengikut perasan. Maka, terpaksalah berurusan dengan Undang-undang Malaysia. Nasihat saya, janganlah kita menghukum atau mencaci sesama kita dan mengharapkan kita sesama insan sentiasa maaf - bermaafan. Lagi pula hari ini adalah bulan yang penuh barakah bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan melangkah ke bulan kemenangan bulan Aidilfitri yang mulia.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua insan yang sengaja atau tidak sengaja mengetahui perkara ini agar kita semua jadikan peristiwa ini sebagai iktibar dan banyakkan beristiqfar setiap kali ditimpa bencana. Banyakkan berzikir, bersalawat dan ingat pada Allah s.w.t. Jauhi sifat amarah melampau yang akan merosakan diri sendiri. Jom sahabat - sahabatku semua, Maafkanlah Kiki dan kita sama - sama berdoa agar kiki berubah kearah kebaikan. Itu lebih baik dari kita jatuhkan sesama kita ~

Untuk makluman, saya akan masuk sekali lagi ONLINE CONTEST yang dianjurkan oleh Kerja Kahwin (facebook) Wish me luck! wassalam....


Diatas adalah penyertaan yang baru
dibawah adalah penyertaan yang lama

  • Kiki Kerja Kahwin #Peugeot 208 CDM 25
  • Eddie Fadzwan
  • 18 July 2014
  • 3 comments:
 

3 sedang Wechat:

Mohd Ridzwan Abdullah said... | 21 July 2014 at 17:05

Setuju dgn kamu. Manusia mmg tidak sempurna. Skrg keaiban Kiki dipertontonkan. Kita belum tau keaiban kita macam mana kalau dibuka Allah.

Apapun, gud luck for the contest ya!

Yun Sing said... | 31 July 2014 at 10:41

Setuju :) BTW good luck ^^

Noor Najwa said... | 29 July 2015 at 22:49

done follow sini..
http://muslimahsejati96.blogspot.com